Monday, September 6, 2010

BAYI ULAR DILAHIRKAN DI MAKKAH?



LOL WUT?!


Selamat petang Malaysia!

Aku tahu, benda ini dah basi, benda ini dah lemau, benda ini dah masuk angin keluar asap.Tapi aku yakin benda ini masih laku di pasaran.

Masihkah anda ingat akan sebuah video, yang kononnya dirakamkan di Makkah, berkenaan seorang bayi yang dilahirkan as freak, bermuka hodoh, mata terbonjol merah, kulit merekah! Pernahkah anda? Masih kabur? Nah, ini mungkin akan mengingatkan anda:

Source: Link

Sudah ingat bukan? Apakah info yang anda dapat daripada video ini?
  • Dilahirkan di Makkah
  • Berwajah hodoh akibat kononnya ibu bayi mengatakan dia mengandung anak ular
  • Anak ini terkena kenan ular, kerana ibunya inginkan anak yang berlainan jantinna
  • Bla bla bla langgar pantang
  • Yada yoda yaba mulut celupar depan Ka'abah
  • Bermacam-macam lagi andaian....
Video ini amat famous 10 tahun lepas sehingga sekarang dikalangan Generasi Y mahupun Generasi X yang hampir kesemuanya mempunyai telefon bimbit yang mempu memainkan video. Menguatkan lagi kesan video itu, dimainkan juga latar surah Yaasin dan pelbagai surah lagi.

Aku pun, dahulu percaya dengan segala tanggapan dan konon-konon yang hadir bersama video itu. Alhamdulillah, aku terus buat kajian, hinggalah aku terjumpa satu fakta Saintifik yang menyangkal semua dakwaan itu.


Sebenarnya bayi ini bukan terkena kenan dan apa-apa konon-konon mahupun sumpahan. Ia adalah sejenis penyakit berkaitan kulit yang teruk ketika fasa tumbesaran fetus, dalam bahasa Inggeris ialah Congenital ichthyosis atau pun Congenital disorder yang menyebabkan penebalan lapisan keratin ketika bayi berada dalam keadaan fetus. Penderita penyakit akan mempunyai kepingan kulit yang besar dan berbentuk berlian serta tebal seakan sisik dan bewarna kemerah-merahan. Kulit penderita juga amat keras sehingga ia boleh merekah jika berlaku pergerakan, maka jangkitan juga mudah berlaku. Bahagian kemaluan, telinga dan mata penderita penyakit ini juga akan kelihatan seperti ditarik atau menegang.

Aku tak mahu cerita panjang sebab, hampir kesemua rakyat Malaysia sekarang dah ada internet, so berhentilah menonton video lucah dan mula mencari ilmu. Info dah dapat sikit, maka sama-samalah kita meng-GOOGLE!

Last but not least, berhentilah mempercayai sesuatu secara membabi buta, tambahan kalau benda tu datang dari tanah Arab, for your information, Pak Arab lagi pandai menipu.

Source:
  • Wikipedia

2 comments:

Ieqa Swetluv said...

kesian baby ni sebenarnya.. huh~

Zombie Kiri said...

aku lebih kesian kepada insan yang diperbodohkan dengan momok-momok bodoh, ta least baby ini akan mati terus atau berjaya hidup dengan ubat, tapi kebodohan manusia amat susah diubati!

Related Posts with Thumbnails