Wednesday, September 8, 2010

MEANINGLESS

Stupid entry written by stupid people! 

Aku mengakuinya, bagaimana pula pendapat anda? Aku tahu segala entri dan penulisan aku juga tergolong dalam ketegori ini.

Aku tidak mampu menulis sehebat anda. Kerana anda amat hebat dalam bidang penulisan. Bila saya baca blog anda, air mata saya mengalir suam dicelah-celah kelopak mata.

Anda amat hebat dalam penulisan, sehingga mampu memberi petua-petua dalam penulisan. Anda hebat, anda sehebat Brahmin yang mengagung para Raja dan Dewa.

Aku pula hanya penulis sampah. Mengutip cebisan-cebisan buangan orang lain. Aku tiru dan aku cuba memperbaiki, itu sahaja yang aku mampu buat. Aku tidak seperti anda. Idea anda sangat bernas. Semua orang sukakan penulisan anda, walau yang ditulis anda hanyalah 3 perkataan.

Setiap malam, tangan di atas dahi, saya berangan-rangan ingn jadi seperti anda. Seronok. Walau tahi yang anda katakan, berduyun-duyun manusia memuji.

Indahnya hidup anda.

4 comments:

Fontonk said...

takda point. ahaha

Zombie Kiri said...

sememangnya!

Luulek said...

siapakah org itu? haha.. gwa pun nak tahu..

Zombie Kiri said...

berlambak-lambak kat GENGBLOGGER!

Related Posts with Thumbnails