Tuesday, September 7, 2010

IMAGINASI IMAGINASHUN IMAGINATION

Selamat petang Malaysia,

Setelah beberapa hari meronda-ronda sekeliling dunia cyber, terutamanya blog-blog, aku mendapati bahawa hanya satu isu sahaja diperdebatkan dan diketengahkan. Tak perlu aku bagitau apa isu tu.

Setelah aku amati yang teramat sangat, aku telah membuat satu kesimpulan bahawa, rakyat Internet di Malaysia mempunyai terlalu banyak masa di dunia nyata dan juga di dunia Internet. Jadi mereka mempunyai banyak peluang untuk berimaginasi dan berkhayal tentang benda-benda normal dan remeh, hinggakan benda yang remeh boleh menjadi sesuatu yang amat kreatif.

Rasanya selepas ni, ramai penulis baru bakal menggantikan Dan Brown dan Stephen King, dan paling membanggakan ialah mereka adalah rakyat Malaysia. Syabas aku ucapkan.

Aku bukan seorang blogger tegar, tapi aku pembaca blog tegar, tak semua blog yang aku follow adalah secara ikhlas aku follow, maaf kerana berkata jujur. Aku follow semata-mata ingin luaskan network dengan harapan ada orang akan baca apa yang akan aku tulis, dah aku rasa dengan 10 orang follower yang aku ada sekarang sudah cukup untuk meluaskan sayap penulisan aku.

Penulisan aku adalah hanya picisan dan sampah, namun sampah aku busuknya boleh dibuat baja. Sekurang-kurangnya boleh membaja segala kemarahan rakyat internet yang lain.

Aku tak kisah kalau rakyat internet yang lain nak marah aku. Yang penting aku berkata-kata benar walaupun busuknya mencucuk pangkal saraf tunjang.

By the way, aku jumpa benda baru untuk rujukan para ustard dan pengimaginasi. Teliti petikan skrip nih.
Pinky: Gee, Brain. What are we going to do tonight? 
The Brain: The same thing we do every night, Pinky. Try to take over the world.
Ini membuktikan mereka adalah "penganut" Freemason sejati, thanks to Spielberg for this information. Siapakah mereka.

2 comments:

Luulek said...

bagus bro.. susah nak jumpa individu yang ada mentality terbuka di malaysia ni.. gwa heran kenapa setiap individu di malaysia sentiasa mengikut mentality paranoid yang telah wujud sejak dulu lagi.. bila agaknya anjakan pemikiran boleh berlaku dalam diri mereka?? kalau cuma berfikir menggunakan perasaan itu namanya emotional.. tapi kalau berfikir dengan akal.. itu namanya perspektif.. perspektif bukan mahu menjatuhkan bangsa tapi mahu melahirkan golongan intelektual di malaysia.. hehe..

Zombie Kiri said...

HEHEH, terima kasih atas bodekan anda! hehe! dalam bahasa lain, ramai blogger bimbo di Malaysia adalah JUMUD!

Related Posts with Thumbnails